Rabu, 5 Disember 2012


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Tarikh                          : 9 November 2012
Hari                             : Jumaat
Mata pelajaran            : Pendidikan Islam
Kelas                           : 3 Cemerlang
Masa                           : 10.00 – 10.30 pagi
Bil murid                      : 23 orang
Bidang                         : Jawi
Tajuk                           : Perkataan berimbuhan apitan.
Pengetahuan sedia ada : murid sudah tahu membaca perkataan berimbuhan awalan dan 
Akhiran.
Hasil pembelajaran     : di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :
a)    Murid dapat menyebut perkataan berimbuhan apitan dengan betul.
b)    Murid dapat membaca dan mengeja perkataan berimbuhan apitan dengan betul.
c)    Murid dapat membuat dan membina ayat dengan menggunakan perkataan berimbuhan apitan dengan betul.
Aktiviti P & P :
11)    Set induksi
22)    Aktiviti :
·         Bersoal jawab
·         Penggunaan alat bantu
·         Penggunaan papan putih
·         Pengukuhan
33)    Penutup : gerak kerja bertulis ( lembaran kerja ), rumusan


Langkah

Isi pelajaran

Aktiviti P & P

Catatan

Doa
(2 minit)
-       Membaca doa penerang hati

Guru meminta semua murid membaca doa
Pengharapan kepada Allah
Set induksi
( 3 minit )

Soalan :
1.    Huruf apakah yang kamu semua dapat lihat yang dipegang oleh rakan kamu di depan?
2.    Sebutkan huruf tersebut satu persatu.
3.    Melalui huruf yang telah kamu semua lihat, cuba kamu sambungkan huruf tersebut menjadi satu perkataan.
-       Guru memanggil beberapa murid ke depan kelas, dan memberikan kepada mereka beberapa keping kad imbas huruf.
-       Guru mengarahkan murid yang memegang kad imbas huruf tersebut menayangkan kad tersebut kepada semua murid yang berada dalam kelas.
-       Semua murid membaca huruf yang berada tertera di atas kad imbas tersebut.
-       Guru mengarahkan murid-murid supaya menyusun huruf-huruf menjadi satu perkataan.
-       Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk yang hendak di ajar pada hari ini.


-       Kad imbas huruf
Langkah 1
( 7 minit)


 Kad imbasan :
Perkataan berimbuhan apitan.
1.    Mewarnai
2.    Kumpulan
3.    Melakukan
4.    Warna
5.    Melepasi
6.    Pelaku

-       Guru menayangkan beberapa kad imbasan yang mengandungi beberapa perkataan berimbuhan apitan.
-       Guru menyuruh murid menyebut dan membaca perkataan yang ditayangkan.
-       Guru bertanyakan kepada murid perkataan imbuhan awalan dan akhiran yang terdapat pada perkataan berimbuhan apitan tersebut.



BBM :
Kad imbas

Nilai : bersungguh – sungguh untuk mendengar.
Langkah 2
( 7 minit )

Kata dasar :
1.    Warna
2.    Lepas
3.    Laku
4.    Diri
5.    Sakit
6.    Yakin
7.    Kumpul
-       Guru menayangkan beberapa keping kad yang mengandungi perkataan berimbuhan berimbuhan apitan.
-       Guru meminta beberapa orang murid menyebut dan membacakan perkataan yang ditayang.
-       Guru meminta murid memberikan kata dasar bagi perkataan berimbuhan apitan yang dipamerkan di papan putih.

BBM :
Kad imbas

Nilai :
Tekun dan yakin
Langkah 3
( 7 minit )

 Lembaran kerja murid
-       Guru membahagikan murid kepada tiga kumpulan.
-       Setiap kumpulan diberikan 6 keping kad yang mengandungi perkataan dasar.
-       Murid dikehendaki meletakkan imbuhan apitan kepada kata dasar tersebut.
-       Murid juga dikehendaki membina ayat ringkas daripada perkataan berimbuhan tersebut.
-       Setiap kumpulan diberikan masa selama 5 minit.
BBM :
Kad imbas



Nilai :
Cermat, bekerjasama.
Penutup
( 3 minit )

-       Lembaran kerja
-       Rumusan.
-       Guru mengagihkan lembaran kerja kepada murid-murid
-       Murid dikehendaki membuat lembaran kerja tersebut sebagai latihan di rumah.
-       Guru merumuskan tajuk yang diajarkan pada hari ini.
BBM :
Lembaran kerja

Nilai :
Bersungguh-sungguh



3 ulasan:

  1. Assalamualaikum...ustazah..

    Minta izin menggunakan RPH yang ustazah buat untuk tujuan perkongsian idea dlam menghasilkan RPH jawi KSSR jawi.

    Terima kasih

    BalasPadam
  2. Minta izin ustazah, saya gunakan rph ustazah

    BalasPadam
  3. Minta izin untuk gunakan RPH ini ya ustazah, syukran jiddan, smoga dipermudahkan urusan ustazah

    BalasPadam